Alhamdulillah..agak terkesan dengan post Ukht Aini sebelum nie..skadar sedikit perkongsian dari sahabat alumni yang berada di dungun...Alhamdulillah sejurus selepas Ameerah dilancarkan di peringkat pusat, baru-baru nie Ameerah dilancarkan secara rasmi di Kawasan Dungun pada 21 okt 2011..Walaupun tidak dapat menghadiri program tersebut, agak teruja mendengar cerita sahabt2 yang berpeluang ke program tersebut..dan alhamdulillah diberi peluang ke Ijtima' Pas Kawasan Dungun kian mengibarkan semangat perjuangan yang kian padam..jujur ana sendiri sejak bergelar alumni agak sukar untuk menghadiri program2 sehingga adakala semangat perjuangan itu kian luntur..Memang sangat bersyukur diberi peluang ke program ijtima' baru-baru nie...dan ada la sedikit promosi mengenai Ameerah y disampaikan sendiri oleh sahabat alumni kita, Ukht Liyana Sumayyah..Lantaran dengan sedikit kesedaran dan semangat yang kembali subur, kami (alumni m2 yang berada di Dungun) telah mengadakan sedikit perbincangan agar halatuju lebih tersusun..terlalu byk 'jwtn kosong' y menanti..nak tak nak terpaksa la kami isi mengikut kepakaran masing-masing...(xdela pakar sangat pn)...tp betullah kita dlm berjuang nie bukan untuk mengejar jawatan/pangkat semata-mata tapi bila mana telah ditaklifkan, tiada alasan mampu atau tidak, layak atau tidak..melainkan memberikan yang terbaik y kita mampu...dan tidak kiralah di mana pun posisi kita...y penting kita menyumbang bukan menanti sumbangan...doakanlah kami di sini yang baru hendak mengorak langkah agar terus istiqamah dan tidak hangat-hangat tahi ayam jer...wat ukht Nabila y kian mantap dengan perjuangan di Kampar, semoga dipermudahkan urusan...kepada sahabt-sahabat lain..walau di mana jua kalian berada, jgn pernah tinggalkan perjuangan...kita tetap bersatu walau di jasad terpisah...semoga semua sahabat dipermudahkan..sebelum ana akhiri kalam, sedikit info berkaitan Lujnah baru ini bagi mereka y tertanya-tanya...AMEERAH tue apa???..Nisa' camne plak???..Bridget Muslimat??...macam banyak tapi masing2 de peranan y tersendiri..ini adalah jawapan dari Senator Mumtaz Md Nawi selaku Pengerusi Pengstrukturan Semula Generasi Ketiga dan Pelapis Dewan Muslimat PAS Pusat...
"Ameerah adalah anak muda yang menginfakkan diri secara sepenuh masa dan serius dengan perjuangan Islam dan politik atas nama Parti Islam Se-Malaysia.Mereka akan mendekati dan bersama dengan pengundi muda secara langsung di dalam siasah.
Manakala pelancaran ‘Gelombang Epal Hijau’ ialah satu manifestasi dan harapan Dewan Muslimat melancarkan isyarat gerak kerja nasional pilihan raya dalam mood dan mode yang evergreen. Ini akan mengujakan serta sebagai tanda kita meraikan kesediaan Muslimat PAS memenangi PRU 13 dan mengiktiraf peranan wanita dan orang muda dalam melatari dan melengkapkan peranan kaum Adam dalam perjuangan politik dan pilihan raya di Malaysia.
Nisa melakukan aktiviti NGO wanita muda untuk generasi muda dan masyarakat. Skopnya adalah kerja-kerja kemasyarakatan, santai dan kesukarelawanan. Sasarannya lebih meluas dan sarat dengan nilai berkebajikan dan khidmat .
Manakala Briged Muslimat untuk anak muda dan muslimat yang berminat dalam pasukan beruniform dan sanggup menjalani latihan intensif dan disiplin yang tinggi. Mereka bertugas dalam Dewan Muslimat untuk membantu membuat kawalan keselamatan ke atas pimpinan muslimat, isteri pimpinan dan ahli muslimat semua peringkat terutama semasa pilihan raya dan program rasmi parti."
Rasanya cukup sekadar ini dl perkongsian dari ana..wassalam..
~Najah~
No comments:
Post a Comment