KONVENSYEN PAS KAWASAN DUNGUN
Tarikh: 22 Oktober 2011
Tempat: Sekolah Menengah Darul Bayan, Paka
Masa: 8.00 pagi
Perasmian oleh: Dato’ Haji Mustaffa Ali, Setiausaha Agung Pas
Atucara Majlis
8.00- 9.00 pg: Pendaftaran
9.00- 11.30 pg: Bacaan Al Quran ( Saudara Yahya Haji Ali)
Ucapan Aluan YDP Pas Kawasan Dungun
( YB Ust Wan Hassan Wan Ramli)
Ucapan perasmian oleh:
( Dato’ Haji Mustaffa Ali, Setiausaha Agung Pas)
Doa wehdah ( Ust Sheikh Hanafi)
Penyerahan Bendera dan memorandum
11.30- 12.30 tgh : Perbentangan Gerak Kerja Pilihanraya
(Ust Ariffin Deraman, Pengarah Pilihanraya Terengganu)
12.30-1.30 ptg : Taklimat Isu Semasa
(Ust Wan Sukari Wan Abdullah, Pegawai Penerangan Negeri)
1.30-2.00 ptg : Solat Zohor,Makan dan bersurai
Ucapan Aluan YB Ust Wan Hassan Wan Ramli ,YDP Pas Kawasan Dungun
- Pas diserang dari berbagai sudut
- Memastikan dari peringkat kawasan,dun dan cawangan mesti saling bekerjasama dalam melakukan gerak kerja
- Jangan sesekali patah semangat sekiranya ada pihak musuh datang menghampiri
- Mengingatkan pilihanraya 13 akan berlaku dalam masa yang terdekat,dan mengingatkan semua ahli2 bersiap sedia dalam gerak kerja masing-masing
Ucapan Perasmian oleh Dato’ Mustaffa Ali, Setiausaha Agung Pas
- Pas adalah satu-satunya parti yang menyebarkan dakwah dan penerangan tentang Islam
- Pas adalah parti yang tertua di Asia Tenggara selama 60 tahun
- Hampir 1 juta ahli pas yang berdaftar
- Menerangkan 4 perkara:
o Dasar perjuangan (Islam)
o Tenaga penggerak ( ahli pas)
o Menerima wahyu( Rasul) tidak melakukannya seorang diri dan memerlukan pembantu untuk menolong menegakkan Islam
o Strategi, tenaga manusia sentiasa berubah-ubah- menegaskan lagi bahawa orang sahaja yang berubah tetapi perjuangan tetap tidak berubah
- Pas masih lagi bersuara dalam DAP dan Keadilan
- Pas mempunyai kepimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat
- Pembahagian kerusi masih lagi dalam perbincangan pihak pimpinan
- Menceritakan sejarah Parti Keadilan, yang bermula dengna Haji Wahab Yunus
- Merasmikan Konvensyen Pas Kawasan Dungun
Perbentangan Gerak kerja Pilihanraya
(Ust Ariffin Deraman, Pengarah Pilihanraya Terengganu)
Tajuk: Persiapan menghadapi pilihanraya umum ke 13 Pas Kawasan Dungun
- Pemantapan gerak kerja pilihanraya dibahagikan 3 bahagian:
o Pengurusan (ditekankan tentang):
1. Memastikan individu yang munasabah ditempat yg munasabah
2. Menentukan dan menguruskan strategi dengan betul, baik dan berkesan
3. Memastikan kewangan mencukupi bagi menghadapi pilihanraya
o Perlaksanaan
1. Menfokuskan UPU- mesti siapkan kelengkapan senarainya
2. Cadangan dalam proses perlaksanaan:
I. selepas pulang dari masjid,berkumpul di bilik gerakan,dan menyiapkan apa yang belum selesai
II. mendapatkan culaan yang baru
III. setiap 3 bulan buat culaan
3. mencari remaja berumur 21-25 tahun( buat program untuk mereka
o Penilaian semasa
P/s: kertas kerja akan diedar sekiranya diperlukan
Perkongsian bersama.._Siasah
No comments:
Post a Comment