Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

HIMPUN GAGAL dan BW FITNAH DLM ISLAM!!!!!

Dengan NAMA ALLAH saya mulakan pena
Perkongsian khas untuk Ikhwah ANSAR yg dikasihi.
---------------------------------------------------------


HIMPUN berjaya kumpul plh ramai 5000 yg hadir, ikut Berita Harian Online, TheStar, TheSun, banyak bloggers dan yg pergi. Stadium blh muat 82k, tetapi tingkat atas stadium totally kosong. Kawasan bertentangan stage kosong, yg ada hanya di sebelah kiri kanan penceramah. Persediaan PA System utk capacity 100k. PA System di bawa dari luar, x mampu gunakan PAS System stadium yg dah dirosakkan oleh UMNO tahun 2005 dulu.

Bagi saya yg sungguh rapat dgn Stadium Shah Alam, malah diamanahkan utk melakukan pelbagai audit dalaman stadium Shah Alam, saya lebih suka menggunakan jumlah 3-4k setelah bertanya kepada pakar stadium Shah Alam sendiri. Semua fakta gambar & video dari awal program hingga akhir akur dengan jumlah maksimum 4k itu.

Ya jumlah tidak penting, yang penting kehadiran. Saya ikuti penuh teliti isu HIMPUN sejak dari awal idea HIMPUN, hinggalah semua ucapan semalam. Saya bercakap sejak dari awal dgn pelbagai sahabat2 jama'ah dan sahabat yg menjayakan HIMPUN apa yang saya risaukan. Ramai bersetuju, namun ada yg berkeras. Itu biasa.


Saya simpulkan HIMPUN ianya GAGAL. Saya mohon maaf pada ikhwah. Saya mohon maaf atas kesimpulan saya, malah saya memohon maghfirah Allah jika saya tersalah menilai.

Pandangan saya blh sahaja dibantah oleh sesiapa yg ada pandangan lain, saya tidak kisah. Jika ada kesempatan saya mahu berbincangan lebih jauh dan ilmiah, berfakta.

Lebih dari itu saya melihat HIMPUN telah menimbulkan satu persepsi yang buruk pula terhadap kegagalan berhimpun tersebut di kacamata musuh Islam. Ada yg bertepuk, ada yg suka kononnya Ummat Islam pun masih terus gagal bersatu.

Itu satu FITNAH hasil dari HIMPUN.



Antara punca HIMPUN GAGAL;


(1) HIMPUN bertitik tolak dari satu perkara yg tidak benar. Isu Kalimah Allah, isu tukar M'sia kepada negara Kristian, isu serbuan JAIS di DUMC dikatakan dijadikan pencetus HIMPUN, dan mereka menjadikan rujukan pada media fasiq yg salah dan membawakan berita jahat sebagai rujukan. Seluruh berita dan fakta salah dijadikan rujukan HIMPUN, sepanjang hari. Ucapan tanpa fakta Harussani dan ZulNordin di ulang tayang dlm berkempen.

(2) HIMPUN bergerak atas semangat, menafikan fakta. Ramai penceramah berkata HIMPUN satu-satunya kumpulan manusia seramainya selepas isu Natrah, dan HIMPUN tiada kaitan politk. Mereka nafikan 23/7/2006 telah berlaku satu perhimpunan puluhan ribu (walau x sebut sejuta seperti semalam) ummat Islam di Masjid Wilayah yg dilakukan oleh puluhan NGO yg benar-benar atas nama NGO & pertubuhan.

(3) Selepas perhimpunan 2006 yg langsung tidak diendahkan oleh kerajaan dan UMNO, malah semua NGO utama HIMPUN semalam tidak pernah sesekali terlibat; ISMA, PEKIDA, PERKASA, malam UMNO. Selepas 2006, UMNO mengutuk penuh perhimpunan itu dengan kata itu program pembangkang walau tidak ada seorang pun wakil pembangkang berucap ketika pgm 2006 itu. Semua resolusi perhimpunan 2006 dibakul sampahkan oleh kerajaan, orang bukan Islam gembira bertepuk tangan sebab UMNO membela mereka.

(4) PEMBELA ditubuhkan 12/7/2206, saya diamanahkan dalam AJK PEMBELA bukan atas nama parti, dan bersama dgn NGO lain utk menyuarakan kebimbangan dan kebersamaan dlm perkara aqidah. Resolusi dibuat utk ada perubahan oleh kerajaan khasnya yg sa pemegang kuasa.

(5) NGO2 yg tidak bersama tersebut, atau yg tidak mahu bersamaa dgn PEMBELA termasuk ISMA, PEKIDA PERKASA dan ramai figure UMNO lain; Abu Shah, Ayahanda Samseng Pekida, Zul Nordin, Ezam, Ibrahim Ali dan lain2 bercakap lantang kempen utk HIMPUN dan berkata mereka adalah juara aqidah ummat, dan menyalahkan siapa2 lain yang tidak bersama. Kalau lah semua NGO yg dikatakan 3000 itu hadir, tidak akan berlaku spr semalam.

(6) NGO2 yg terlibat semalam bercakap isu Melayu lebih dari isu Islam. Itu kegagalan plg utama. Mereka tetap pegang jaga Melayu, Islam terpelihara. Segala amaran TGNA bahawa perjuangan bertitik tolak dari bangsa adalah satu yg pasti gagal utk memelihara Islam dipandang kecil. Benda yg sama diulang-ulang oleh mereka semalam, termasuk oleh ISMA dgn bersungguh sekali.

(7) Agenda tersebunyi. Walau sensitif isu ini; ISMA sebagai the only jamaah Islam yg terlibat dlm HIMPUN secara rasmi mempunyai agenda tersendiri utk berkempen kepada ISMA. Semua tahu ISMA bercakap pada nada Melayu yg sama lantang seperti PEKIDA, PERKASA, PROWARIS, PEWARIS dan UMNO, ZulNordin, Ezam, Ibrahim Ali, geng kepa lembu Shah Alam etc. Banner ISMA adalah banner paling besar di stadium, dan ikhwah ramai yg tidak pernah melihat banner sebesar alam itu. Melayu Sepakat Islam Berdaulat, berkempen utk sesuatu agenda.

(8) Pengolahan agenda yg disembunyikan. Ramai tertanya siapa yg berucap; namun dirahsiakan sejak awal. Agenda asal utk ucapan ZulNordin dan Ibrahim Ali diubah, walau tetap gagal memberikan keyakinan semula. ISMA dan kumpulan extremist Melayu lain berterusan menggunakan ucapan ZulNordin sebagai rujukan isu murtad. Masya Allah! Ketua Wanita ISMA berterusan menggunakan kenyataan perkauman dan jahat ZulNordin dalam promo HIMPUN di Adelaide & Melbourne, malah di website.

(9) ISMA merayu sokongan IKRAM, HALUAN, ABIM dan PAS. Ini fakta; IKRAM, HALUAN, ABIM dan PAS tidak bersama; walau dlm website HIMPUN cuba diwar-warkan jamaah ISLAM tersebut terlibat dlm HIMPUN. Ketidaklibatan mereka sebagai pertubuhan bukan sebagai individu. Dalam ertikata lain; hanya ISMA sahaja yg bergerak bersendirian atas pilihan jama'ah mereka, bersama dengan kumpulan extremist Melayu yg lain. Itu pilihan dan itu agenda tersendiri mereka.

(10) ISMA mahu bersungguh2 agar IKRAM, ABIM & PAS berada bersama mereka dlm HIMPUN, merayu di sana-sini dan marah dgn apa jua kenyataan yg tidak bersetuju dgn HIMPUN. Yang plg pasti, dalam pengolahan semua agenda, objektif dan fakta2 lain beraitan HIMPUN, kesemua nama jama'ah Islam di atas tidak dilibatkan secara rasmi dan bersungguh, sedangkan ISMA tahu itulah antara tunggak gerakan dakwah Islam yang mendominisi di M'sia. Bagi mereka yg prihatin dan faham, perkara ini difahami dgn mudah apa agenda sebenar yg tidak perlu dinyatakan secara umum di sini.

(11) ISMA cuba menyalahkan ijtihad berdasarkan syura PAS utk tidak terlibat, sedangkan ISMA begitu tahu stand rasmi PAS dalam perkara murtad dan sebagainya yg menjadi cetusan kepada idea HIMPUN tersebut. Kalau penganjur HIMPUN mengambil kira persetujuan PAS dalam isu perhimpunan 2006, bermaksud tidak akan timbul isu PAS tidak terlibat. Kenyataan sahabat saya beberapa minit tadi "kalau berani bermain dgn api, mesti bersedia kalau terbakar..." Wallahu'alam.

(12) Dalam Press Conference terakhir HIMPUN; Yusri dgn jelas menyatakan "HIMPUN masih BELUM PASTI" apa tindakan yg hendak dilakukan selepas berHIMPUN semalam. Wartawan yg bertanya mengulangi soalan itu disebabkan masyarakat tertanya-tanya utk apa behimpun jika ada kuasa yg boleh merubah? Jawapan itu tidak diberikan hingga saat ini, tidak pun dinyatakan dgn jelas "what next" utk HIMPUN. Itu kegagalan plg utama.

(13) Saya sempat ikuti tulisan blog, FB, tweet etc... masing2 bertanya, apa yg hendak dicapai selepas HIMPUN walau program cuba dibangkitkan dgn penuh semangta oleh penganjur dgn slogan, ucapan takbir, air mata, jetian dan sebagianya. Tidak ada satu pun yg meminta dlm resolusi utk undang2 Akta Murtad yang sudah 3 kali di bawa oleh pembangkang, TG Haji HAdi dan Salahuddin Ayyub, tetapi ditolak mentah2 oleh UMNO dan Perdana Menteri utk dinilai semula.

(14) Penting; terakhir yg mahu saya kongsikan; Ummat Islam ada 2 kekuatan utama, aqidah dan ukhuwwah. Pada masa ini kekuatan aqidah sudah menjadi kulit bawang, dan kekuatan ukhuwwah rosak disebabkan perkauman & extremist. Tidak ada apa yg tinggal pada kita dengan hilangnya kedua itu. Kita pula diajak oleh HIMPUN untuk terus memandang ke luar kotak kepada Kristianiasasi; Kristian, Yahudi atau Hindu antara agama yg melaksanakan ajaran agama mereka utk berdakwah & menarik manusia ke agama mereka. Kita tidak buat dakwah, malah kita berbangga dgn perlembagaan & Raja yg sgt rosak diharap menjaga aqidah kita. Kita langsung tak kisah sebab utama murtad dan Kristianisasi yg diperakui oleh semua ulamak dunia; iaitu serangan SECULARISME yg memisahkan Islam dari kehidupan. PAS minta HIMPUN tekankan isu dalaman bukan luaran semata (Kristianisasi), tapi HIMPUN menolak dan HIMPUN lebih mahu menonjolkan kekuatan Islam dengan seolahnya mahu menunjukkan kekuatan jumlah sejuta atau 100k yg hadirpada semalam itu kepada non-Muslims. Berlakulah ucapan perkauman dan beramaran oleh ramai yg berucap, termasuk amaran oleh Pengerusi sendiri yg berapi-api melihat ke luar.


Apa natijah terhadap pembinaan kekuatan dalaman ummat Islam di Malaysia?



Ikhwah;


Tulisan sahabat2 dan adik ISMA yg sangat rapat dengan saya sama ada di Malaysia atau di sini; dan beberapa individu yg pergi atas kapaciti peribadi menyatakan kesal dengan PAS. Saya melihat ramai yg pergi dgn wajah yg begitu ikhlas, dan bersungguh mahukan perubahan. Bersungguh (dan agak naif) kadangkal dalam mengharapkan perubahan dan sokongan kerajaan dan pihak berkuasa.

Tapi apa yang salah adalah organiasasi penganjur utama yang cuba mengarahkan kemarahan dan keikhlasan masyarakat tersebut untuk menjuaran suatu isu yg ramai tidak bersetuju. Dan satu lagi, agenda tersebunyi pengajur tertentu yg blh saya syarahkan dalam tulisan lain. Itu yg bahaya dan salah.

Tahun 2011 tidak sama dengan tahun 2006 atau tahun 1952 ketika isu Nathrah. Fakta dan maklumat berada dihujung jari manusia, Islam dan bukan Islam. Menusia sekarang begitu bijak menilai, dan masyarakat sekarang sudah tidak sukar pemikiran mereka di jadikan ta'asub kepada satu-satu dokrin yg dibawa (sila fahami erti 'asobiyyah / ta'sub yg sebenar dlm hadith nabi).

Hasil dari HIMPUN, Ummat Islam kena begitu insaf; apakah sebab untuk Ummat Islam mesti bersatu, dan yg keduanya; apakah faktor yang mewajibkan Ummat Islam untuk bersatu? Kena jawab betul-betul dengan objektif bukan secara umum tanpa hakikat sebenar. Ini sangat penting.

Ucapan atau apa jua ungkapan atau kempen untuk bersatu semata atas nama Melayu Islam, sedangkan Ummat Melayu Islam sendiri tidak mahu berubah atau dinafikan dari proses perubahan oleh apa jua pihak; maka PAS akan berterusanlah meneruskan 'amal dakwah & tarbiyyah jama'ah ini utk semua manusia terutamanya kepada saudara-mara kita sahabat di dalam UMNO. Itu sasaran utama 'amal Islam kita.



Akhir sekali;

Jadi ikhwah & sahabat semua, kerja antum & kita yg menulis dan membaca ini masih sgt byk menanti. Bukan mudah. Nak ber'amal dgn kerja Islami, nak selesaikan amanah khusus belajar dan mencari nafkah hidup serta yg paling mencabar dan berat ujiannya utk memastikan diri kita terus istiqam buat kerja Islam selama ada nafaz ini.

Susah tapi kita tiada pilihan. Kalau bukan kita siapa lagi...



Wallahu'alam.
Astaghfirullah Al'Adzim.

p/s:sumber dr seorg shbt

Thursday, 27 October 2011

KONVENSYEN PAS DUNGUN

KONVENSYEN PAS KAWASAN DUNGUN
Tarikh: 22 Oktober 2011
Tempat: Sekolah Menengah Darul Bayan, Paka
Masa: 8.00 pagi
Perasmian oleh: Dato’ Haji Mustaffa Ali, Setiausaha Agung Pas

Atucara Majlis
8.00- 9.00 pg: Pendaftaran
9.00- 11.30 pg: Bacaan Al Quran ( Saudara Yahya Haji Ali)
Ucapan Aluan YDP Pas Kawasan Dungun
( YB Ust Wan Hassan Wan Ramli)
Ucapan perasmian oleh:
( Dato’ Haji Mustaffa Ali, Setiausaha Agung Pas)
Doa wehdah ( Ust Sheikh Hanafi)
Penyerahan Bendera dan memorandum
11.30- 12.30 tgh : Perbentangan Gerak Kerja Pilihanraya
(Ust Ariffin Deraman, Pengarah Pilihanraya Terengganu)
12.30-1.30 ptg : Taklimat Isu Semasa
(Ust Wan Sukari Wan Abdullah, Pegawai Penerangan Negeri)
1.30-2.00 ptg : Solat Zohor,Makan dan bersurai






Ucapan Aluan YB Ust Wan Hassan Wan Ramli ,YDP Pas Kawasan Dungun
- Pas diserang dari berbagai sudut
- Memastikan dari peringkat kawasan,dun dan cawangan mesti saling bekerjasama dalam melakukan gerak kerja
- Jangan sesekali patah semangat sekiranya ada pihak musuh datang menghampiri
- Mengingatkan pilihanraya 13 akan berlaku dalam masa yang terdekat,dan mengingatkan semua ahli2 bersiap sedia dalam gerak kerja masing-masing

Ucapan Perasmian oleh Dato’ Mustaffa Ali, Setiausaha Agung Pas
- Pas adalah satu-satunya parti yang menyebarkan dakwah dan penerangan tentang Islam
- Pas adalah parti yang tertua di Asia Tenggara selama 60 tahun
- Hampir 1 juta ahli pas yang berdaftar
- Menerangkan 4 perkara:
o Dasar perjuangan (Islam)
o Tenaga penggerak ( ahli pas)
o Menerima wahyu( Rasul) tidak melakukannya seorang diri dan memerlukan pembantu untuk menolong menegakkan Islam
o Strategi, tenaga manusia sentiasa berubah-ubah- menegaskan lagi bahawa orang sahaja yang berubah tetapi perjuangan tetap tidak berubah
- Pas masih lagi bersuara dalam DAP dan Keadilan
- Pas mempunyai kepimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat
- Pembahagian kerusi masih lagi dalam perbincangan pihak pimpinan
- Menceritakan sejarah Parti Keadilan, yang bermula dengna Haji Wahab Yunus
- Merasmikan Konvensyen Pas Kawasan Dungun

Perbentangan Gerak kerja Pilihanraya
(Ust Ariffin Deraman, Pengarah Pilihanraya Terengganu)
Tajuk: Persiapan menghadapi pilihanraya umum ke 13 Pas Kawasan Dungun
- Pemantapan gerak kerja pilihanraya dibahagikan 3 bahagian:
o Pengurusan (ditekankan tentang):
1. Memastikan individu yang munasabah ditempat yg munasabah
2. Menentukan dan menguruskan strategi dengan betul, baik dan berkesan
3. Memastikan kewangan mencukupi bagi menghadapi pilihanraya
o Perlaksanaan
1. Menfokuskan UPU- mesti siapkan kelengkapan senarainya
2. Cadangan dalam proses perlaksanaan:
I. selepas pulang dari masjid,berkumpul di bilik gerakan,dan menyiapkan apa yang belum selesai
II. mendapatkan culaan yang baru
III. setiap 3 bulan buat culaan
3. mencari remaja berumur 21-25 tahun( buat program untuk mereka
o Penilaian semasa
P/s: kertas kerja akan diedar sekiranya diperlukan

Perkongsian bersama.._Siasah

Friday, 21 October 2011

AMEERAH BERSAMA GELOMBANG EPAL HIJAU DILANCARKAN

Alhamdulillah dengan rasminya Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Ameerah sempena sambutan 60 Tahun PAS iaitu Lajnah Politik Wanita Muda, bagi merangka setrategi mendekati golongan itu pada 1/10/2011 di dewan Millennium Kepala Batas Pulau Pinang
Sempena pelancaran itu Presiden telah menyiram air tanda mencerna kesuburan sesuai dengan keserasian yang wujud di kalangan remaja dan wanita muda.

Selain menyiram air presiden telah menanda tangani di atas replika epal hijau dengan iringan beberapa orang remaja yang mengalunkan gerakan kain hijau penuh semangat.


Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, muslimat yang lulus menghadapi gelora perjuangan sahaja akan dipandang tinggi oleh Allah s.w.t mereka tidak bakhil dengan masa dan wang semata-mata untuk kemenangan Islam kata .

Muslimah mesti berani memperbetulkan diri serta membaiki diri menjadi isteri yang baik dan terpuji.

"Pengorbanan para isteri membantu menegakkan Islam akan dikira mendapat pahala yang tinggi demi kebaikan Islam yang dianuti, " jelasnya ketika merasmikan pelancaran di Dewan Milenium, kepala Batas petang tadi.

Muslimat yang ada semangat perjuangan yang tinggi akan menjadi sayap yang baik serta dapat menumpukan kerja berfokus.

Bila kerja digerakan dengan lancar maka menyenangkan peranan muslimat menabur atau menyemai peranan di mana jua.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Yusuf dalam ucapanya mengharap golongan wanita muda supaya bersiap mematangkan diri kerana sikap itu sahaja boleh mencerna kemenangan pada masa depan.

P/S: sumber dr harakahdaily.com

Thursday, 13 October 2011

Kisah Ariel Sharon (hidup & mati)

Kisah Ariel Sharon (hidup & mati)



Gambar baru

Hendak dijadikan iktibar setelah beberapa tahun sejarah Kamal Antartuk yang mati secara hina dan tidak di terima bumi. Ini lagi kisah menyayat hati seorang yang terjulang namanya yang telah banyak merosakkan bumi Palastin dan banyak membunuh ramai orang islam di negara itu.

SubehanAllah..



Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kpd Allah...Amin...




Gambar lama

Saturday, 24 September 2011

Nik Aziz: Jangan takut dengan hukum hudud

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada yang perlu ditakutkan sangat dengan hukum hudud kerana ia adalah perundangan yang digariskan Allah SWT.

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang dilaksanakan di negara ini jauh lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?

Menurut mursyidul am PAS itu, hudud adalah undang-undang Allah dan sebagai parti pemerintah, PAS hanya menjalankan kewajipan sekadar menyenaraikannya dalam dalam senarai undang-undang Kelantan.

Jelasnya, yang akan melaksanakan hukum hudud adalah hakim yang dilantik dan bukan dirinya atau pemimpin PAS yang lain.

hudud“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya dipetik TV Selangor ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di Kuala Lumpur malam semalam.

Mursyidul Am PAS itu sebelum ini tetap dengan pendiriannya akan menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Sejak awal 1990-an, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu tetapi tersekat berikutan amaran dan halangan kerajaan pusat, khususnya pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi berkata beliau menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi perkara itu belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” katanya.

Pada ceramahnya itu, Nik Aziz juga berkata ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua mereka yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datangnya dari Allah, bumi, langit dan kita, Allah yang punya,” katanya.

-malaysiakini.com/news/-