Sahabatku,
Ingatlah ketika mana kamu menghayunkan langkah pertemuan ke kancah perjuangan ini, kamu tidak pernah dijanjikan dengan sebarang kemewahan dan keuntungan duniawi, sebaliknya kamu akan mewarisi segala mehnah perjuangan iaitu kesusahan dan penderitaan. Semuanya itu sebagai kayu pengukur untuk menentukan kejayaan kamu sama ada kamu akan terus bersama perjuangan ataupun sebaliknya. Ingatlah kata-kata seorang pendita Waraqah bin Naufal ketika wahyu pertama di turunkan kepada nabi (s.a.w) “ kaummu pasti mengusirmu”. Memang benar setiap nabi yang membawa risalah pasti menerima ujian dalam bentuk penyeksaan dari kaun sendiri. Namun begitu, keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap Allah yang Esa tidak sedikit pun merubah keimanan mereka. Oleh itu, wahai pendokong risalah benamkanlah segala lipatan sejarah lalu itu dalam sanubarimu, biar ia terus membara dan membakar jiwa yang lemah dan agar nur jihad terpancar di dalam dirimu untuk bersama-sama sof mujahid.
Awas serta ingatlah.......
Mujahid dakwah memerlukan jutaan kesabaran dan pengorbanan kerana jalan yang dilaluinya pasti menempuhi duri dan ranjau yang kekadangnya kita rebah di pertengahan jalan. Dan ... sudah pastinya kita dilambai-lambai oleh tangan-tangan yang sasa yang bersedia menghayun ke badan lemah, pintu penjara, bilik kurung kecil yang tersedia ternganga, peluru maut dan tali gantung yang sedia menanti.
Fiman Allah taala yang bermaksud ; “Apakah kamu mengira akan masuk ke syurga sedangkan kepadamu belum datang sebagai apa yang diertikan oleh orang yang terdahulu daripada kamu iaitu mereka yang ditimpa kesengsasaraan, Kemelaratan dan kegersangan sehingga rasul bersama orang yang beriman mengatakan : Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Ingatlah ...... sesungguhnya pertolongan Allah sudah dekat.
Wahai Sohibud Dakwah..........
Jalan menuju syurga bukannya mudah. Telah terbentang dalam lipatan sejarah pembuktian pengorbanan perwira-perwira mujahid yang terpaksa mengalir air mata darah serta nyawa sebagai tebusan sebagaimana yang berlaku kepada Hassan Al- Banna Syed Qutb dan pejuang-pejuang islam yang lain. Semua ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan illahi dan kecintaan mereka terhadap akhirat yang menjanjikan kemenangan dan kemulian iaitu syurga yang mengalirnya sungai-sungai serta nikmat yang pelbagai lagi. Begitulah jika diteliti bagaimana Syed Qutb mengarang kitab “Fi Zilal Quran” yang terpaksa meringkuk dalam penjara api demi semangat jihadnya untuk mengajak menusia kwmbali kepada Allah meskipun berada dalam penjara. Antara lain beliau menyebut “ Aku sayangkan kitab ini. Aku menulis kitab ini dengan air mata darah, maka bacalah ia”
Kemudian perhatikan imam Ahmad Ibnu Hambal dalam menegakkan kebenaran di hadapan seorang raja yang zalim meskipun terpaksa menahan kesakitan akibat di pukul di belakangnya sehingga mengalir darah sebelum du humban de halam penjara. Namun beliau tetap bertegas, “ JIKA SEORANG YANG TAHU, DIAM KERANA HENDAK MENYELAMATKAN DIRINYA, MAKA ORANG YANG TIDAK TAHU AKAN TERUS TIDAK TAHU, BILAKAH KEBENARAN ITU AKAN DINYATAKAN”.
Mujahid Jamaluddin Al- Afghani pada abad ke -14 pernah menyebut “KETAHUILAH, SEKIRANYA AKU DI PENJARA, MAKA PENJARA ITU SEBAGAI TEMPAT AKU MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN ALLAH, JIKA AKU DIBUANG NEGERI, MAKA AKU BERPELUANG MELAWAT NEGARA LAIN, DAN JIKA DI BUNUH, MAKA SENTUHAN SYAHID YANG AKU CITA-CITAKAN”.
Justeru itu, marilah kita sama-sama menghadapi pahit getir perjuangan ini. Meskipun terpaksa mengadaikan jasad sebagai umpan untuk menyemarakkan lagi api perjuangan islam iaitu mati syahid, untuk mencari bedadari di dalam syurga yang sedia menanti dengan senyuman.
Inilah satu ganjaran yang paling manis dianugerahkan Allah pada hamba-hambanya yang berjuang di jalannya.
“Wassalam”
“ KHUSUS BUAT DIRI ANDA SENDIRI
DAN PEJUANG-PEJUANG ISLAM SERTA
MEREKA YANG BERCITA-CITA INGIN
MENJADI PENOLONG AGAMA ALLAH”
-copied from maktabah-
Showing posts with label PERJUANGAN. Show all posts

Monday, 16 January 2012
Thursday, 27 October 2011
REFRESH HATI
Rukun Bai'ah oleh Hassan Al Banna~~~
khas untuk mata rantai perjuangan Rasulullah~~
agar engkau terus berjuang
WAHAI IKHWAN YANG BENAR DALAM FIKRAHNYA...
Rukun Bai'ah adalah sepuluh rukun maka hendaklah kamu
memeliharanya
1) FAHAM
Maksudku dengan rukun faham adalah: Hendaklah kamu yakini bahawa
fikrah kita adalah fikrah Islam yang tulen dan hendaklah difahamkannya
kepada orang ramai seperti mana yang kita fahami dalam lingkungan dua
puluh usul yang amat ringkas.
Jika seorang akh itu mengetahui dinnya dengan usul-usul ini, ketika
itu dia telah mengetahui apakah makna yang dimaksudkan oleh slogan
abadinya iaitu `Al-Quran Perlembagaan Kami dan Rasul Ikutan Kami'.
2) IKHLAS
Maksudku dengan ikhlas: Bahawa seorang saudara muslim itu menujukan
segala perkataan, amalan dan jihadnya keseluruhannya kepada Allah,
mencari keredhaan dan kebaikan balasanNya, dengan tidak melihat
keuntungan, gaya, pangkat, gelaran, kemajuan ataupun kemunduran.
Dengan itu dia menjadi seorang tentera kepada fikrah dan akidah dan
bukannya tentera satu tujuan atau manfaat yang tertentu. Allah telah
berfirman yang bermaksud: "Katakanlah bahawa sembahyangku, ibadatku,
kehidupanku dan kematianku hanyalah kepada Allah tuhan sekelian alam
dan dengan itulah aku diperintah" (Surah al-An'aam). Dengan itu juga
seorang akh muslim itu dapat memahami
makna slogan abadinya iaitu: "Allah Matlamat Kami". Allahuakbar,
kepada Allah segala pujian.
3) AMAL
Maksudku dengan amal: Natijah dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang
bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka
Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa
yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang
Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" (Surah
al-Taubah).
Di antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang
diletakkan kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di
kalangan manusia, cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi
padanya. Bagi kita, Allah adalah harapan utama kepada kita seperti
mana yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah Yusuf: "Dan Allah
Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui."
4) JIHAD
Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah satu fardhu yang berkuatkuasa
sehingga hari kiamat. Begitu juga maksud dari sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dan tidakberperang dan tidak
berniat hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan mati
jahiliyyah." Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati,
peringkat tertingginya adalah berjihad dijalan Allah. Antara keduanya:
Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah
yang zalim.
Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan
ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya
kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk
mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang
yang beramal. "Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad."
Dengan itu kamu akan memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan
abadi kamu: `Jihad Adalah Jalan Kami'.
5) TADHIYYAH
Maksudku dengan tadhiyyah (pengorbanan) adalah: Mengorbankan harta,
waktu, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin
dicapai. Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan
pengorbanan. Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugur dalam
jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala
yang besar dan indah untuknya. Sesiapa yang berhenti dari memberikan
pengorbanan maka dia adalah berdosa. "Sesungguhnya Allah telah membeli
nyawa dan harta dari mukminin." "Katakan bahawa jika sekiranya
ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu..." "Demikian itu kerana mereka
tidak ditimpa dahaga dan kekurangan..." "Jika kamu taat maka Allah
akan memberikan kepadamubalasan yang baik" Dengan demikian kamu akan
memahami makna slogan abadimu: `Mati Syahid Di Jalan Allah adalah
Setinggi Cita-cita'.
6) TAAT
Apa yang aku maksudkan dengan taat adalah: Mematuhi perintah dan
melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun
kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini adalah kerana
peringkat dakwah ini ada tiga peringkat:
1. Peringkat Taarif iaitu pengenalan. Ini merupakan peringkat
menyebarkan fikrah secara umum di kalangan manusia. Sistem dakwah
dalam peringkat ini adalah seperti sistem sebuah organisasi.
2. Peringkat Takwin (pembentukan). Ini dilakukan dengan memilih
unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga
menyatukan antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah
secara sufi di sudut rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya.
Slogan pada dua perkara ini (amal dan taat) adalah dengan tidak
berbelah bahagi, tidak menarik balik, tidak ragu dan tidak merasa
tertekan. Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini
akan dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan
juga perutusan ini.
3. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan). Dakwah pada peringkat ini adalah
peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di dalamnya, amalan yang
berterusan dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya, cabaran dan bala
yang hanya akan dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak ada yang
mengimbangi peringkat ini kecuali dengan taat yang sempurna juga. Atas
perkara inilah generasi Ikhwan yang pertama telah berbai'ah pada hari
5 Rabiul Awal 1359 hijrah.
7) THABAT
Maksudku dengan thabat (keteguhan) adalah: Seorang akh itu sentiasa
beramal dan berjihad dalam mencapai matlamatnya walaupun selama mana
masa yang akan dilalui sehinggalah dia berjumpa dengan Allah sedang
dia sudah mendapat satu antara dua perkara yang elok untuknya iaitu
dapat mencapai matlamatnya ataupun mati syahid pada akhirnya. Firman
Allah yang bermaksud: "Di antara orang-orang yang beriman, ada
orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka
di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada
yang menunggu giliran dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun"
(Al-Ahzab).
Firman Allah yang bermaksud: "Mereka berkata kepadanya: Bilakah
kemenangan itu, katakanlah kepada mereka semoga kemenangan itu adalah
perkara yang hampir berlaku" (Al-Israk).
8) TAJARRUD
Maksudku dengan tajarrud ini adalah: Kamu mengikhlaskan diri kamu
untuk fikrah kamu sahaja dan tidak kepada lain-lain dasar dan
peribadi. Ini adalah kerana fikrah yang kamu bawa adalah fikrah yang
paling mulia, paling global dan tinggi. "Celupan Allah (celupan
keimanan yang sebenar kepada Allah yang telah sebati dalam jiwa
orang-orang mukmin). Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada
Allah?" (Al-Baqarah).
"Sesungguhnya telah ada bagi kamu contoh teladan yang baik pada Nabi
Ibrahim dan mereka yang bersamanya, ketika mereka berkata kepada kaum
mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang
kamu sembah selain Allah, kami mengingkari kamu dan telah jelas antara
kami dengan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu
beriman kepada Allah sahaja..." (al-Mumtahanah).
9) UKHUWWAH
Maksudku dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh
terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling
kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan
perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama
kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih
sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang
paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari
dirinya sendiri). Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang
menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang
berjaya"(Al-Hasyr).
10) THIQAH
Maksudku dengan thiqah adalah: Seorang jundi itu yakin dan tenang
dengan kebolehan, keikhlasan pemimpinnya dengan keyakinan yang
mendalam yang akan melahirkan perasaan kasih, menghargai dan taat.
Firman Allah yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)
mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian
mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang kamu
hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya"
(An-Nisa').
Pimpinan adalah sebahagian dari dakwah dan tidak ada dakwah tanpa
pimpinan. Keyakinan yang silih berganti antara pimpinan dengan
tenteranya akan mencernakan kekuatan sistem jemaah, mengukuhkan
strateginya, kejayaannya dalam mencapai matlamatnya dan juga
kejayaannya mengatasi segala cabaran dan kesusahan yang merintang
perjalanan jemaah. "Ketaatan dan perkataan yang baik adalah lebih
utama kepada mereka..." Thiqah kepada pimpinan adalah segalanya dalam
usaha menjayakan dakwah ini. Firman Allah yang bermaksud: "Kalaulah
kamu belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga
menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah
menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfaal).
~NAJAH~

Tuesday, 25 October 2011
MUSLIMAH TERUS MENGORAK LANGKAH
Alhamdulillah..agak terkesan dengan post Ukht Aini sebelum nie..skadar sedikit perkongsian dari sahabat alumni yang berada di dungun...Alhamdulillah sejurus selepas Ameerah dilancarkan di peringkat pusat, baru-baru nie Ameerah dilancarkan secara rasmi di Kawasan Dungun pada 21 okt 2011..Walaupun tidak dapat menghadiri program tersebut, agak teruja mendengar cerita sahabt2 yang berpeluang ke program tersebut..dan alhamdulillah diberi peluang ke Ijtima' Pas Kawasan Dungun kian mengibarkan semangat perjuangan yang kian padam..jujur ana sendiri sejak bergelar alumni agak sukar untuk menghadiri program2 sehingga adakala semangat perjuangan itu kian luntur..Memang sangat bersyukur diberi peluang ke program ijtima' baru-baru nie...dan ada la sedikit promosi mengenai Ameerah y disampaikan sendiri oleh sahabat alumni kita, Ukht Liyana Sumayyah..Lantaran dengan sedikit kesedaran dan semangat yang kembali subur, kami (alumni m2 yang berada di Dungun) telah mengadakan sedikit perbincangan agar halatuju lebih tersusun..terlalu byk 'jwtn kosong' y menanti..nak tak nak terpaksa la kami isi mengikut kepakaran masing-masing...(xdela pakar sangat pn)...tp betullah kita dlm berjuang nie bukan untuk mengejar jawatan/pangkat semata-mata tapi bila mana telah ditaklifkan, tiada alasan mampu atau tidak, layak atau tidak..melainkan memberikan yang terbaik y kita mampu...dan tidak kiralah di mana pun posisi kita...y penting kita menyumbang bukan menanti sumbangan...doakanlah kami di sini yang baru hendak mengorak langkah agar terus istiqamah dan tidak hangat-hangat tahi ayam jer...wat ukht Nabila y kian mantap dengan perjuangan di Kampar, semoga dipermudahkan urusan...kepada sahabt-sahabat lain..walau di mana jua kalian berada, jgn pernah tinggalkan perjuangan...kita tetap bersatu walau di jasad terpisah...semoga semua sahabat dipermudahkan..sebelum ana akhiri kalam, sedikit info berkaitan Lujnah baru ini bagi mereka y tertanya-tanya...AMEERAH tue apa???..Nisa' camne plak???..Bridget Muslimat??...macam banyak tapi masing2 de peranan y tersendiri..ini adalah jawapan dari Senator Mumtaz Md Nawi selaku Pengerusi Pengstrukturan Semula Generasi Ketiga dan Pelapis Dewan Muslimat PAS Pusat...
"Ameerah adalah anak muda yang menginfakkan diri secara sepenuh masa dan serius dengan perjuangan Islam dan politik atas nama Parti Islam Se-Malaysia.Mereka akan mendekati dan bersama dengan pengundi muda secara langsung di dalam siasah.
Manakala pelancaran ‘Gelombang Epal Hijau’ ialah satu manifestasi dan harapan Dewan Muslimat melancarkan isyarat gerak kerja nasional pilihan raya dalam mood dan mode yang evergreen. Ini akan mengujakan serta sebagai tanda kita meraikan kesediaan Muslimat PAS memenangi PRU 13 dan mengiktiraf peranan wanita dan orang muda dalam melatari dan melengkapkan peranan kaum Adam dalam perjuangan politik dan pilihan raya di Malaysia.
Nisa melakukan aktiviti NGO wanita muda untuk generasi muda dan masyarakat. Skopnya adalah kerja-kerja kemasyarakatan, santai dan kesukarelawanan. Sasarannya lebih meluas dan sarat dengan nilai berkebajikan dan khidmat .
Manakala Briged Muslimat untuk anak muda dan muslimat yang berminat dalam pasukan beruniform dan sanggup menjalani latihan intensif dan disiplin yang tinggi. Mereka bertugas dalam Dewan Muslimat untuk membantu membuat kawalan keselamatan ke atas pimpinan muslimat, isteri pimpinan dan ahli muslimat semua peringkat terutama semasa pilihan raya dan program rasmi parti."
Rasanya cukup sekadar ini dl perkongsian dari ana..wassalam..
~Najah~

Tuesday, 18 October 2011
CABARAN BERADA DI DUNIA BARU
assalamualaikum w.b.t....
khaifaluka sahabat2 yg dikasihi kerana Allah????
di harap sentiasa sihat n terus kuat menggalas dakwah menuju mardhotillah...
di sini ana ingin meluahkan perasaan ana berada di dunia yg boleh dikatakan agak baru walau sudah sebulan berada di shah alam ini....
alhamdulillah pd 13 September 2011, kami telah berbai'ah dgn pimpinan JIKSA....
maka sejurus itu, automatik kami menjadi ahli JIKSA....
berada di sini mmg byk dugaan dan cabaran...mmg diakui bile dh berada di sini...
tp perjuangan tetap perlu diteruskan...
pd awalnya ana di sini, mmg diakui ana terasa sgt terasing....alhamdulillah adanya alumni JIKD di sini byk membantu ana mencari n meneruskan perjuangan......walaupun kekadang terasa mls n susah utk survive.....satu je yg ana bleh katekan kat sini, kalau kte x join program mmg kte akan lost....nauzubillah
semakin lama kat sini n diberi kekuatan untuk menghadiri program, semakin byk ana sedari bahawa ana bukanlah insan yang layak untuk perjuangan ini......begitu lemahnya ana dari setiap sudut....namun, sampai bile kite hanya nk sedari tanpa mengubah diri ini.....segala-galanya bermula dengan diri ini.....ada seorang sahabat pernah bgtau ana, siapa kite untuk mengatakan tidak layak memegang sesuatu jawatan????jika ditakdirkan kite menjadi pemimpin atau diberi amanah, cuba kita terima n laksanakannya.....bergantunglah dengan Allah S.W.T kerana hanya Dia yang berkuasa membantu kita walau bagaimana perit pun keadaan kita...
bersama muhasabah diri agar menjadi da'e yang dapat menegakkan syiar ISLAM di muka bumi ini....
insyaAllah...takbir!!Allahuakbar!!!!
bersama kite saling mengingati antara kita....
ukhwahfillah abadanabada
hsil tinta Aini (^^,)

Subscribe to:
Posts (Atom)