Alhamdulillah dengan rasminya Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Ameerah sempena sambutan 60 Tahun PAS iaitu Lajnah Politik Wanita Muda, bagi merangka setrategi mendekati golongan itu pada 1/10/2011 di dewan Millennium Kepala Batas Pulau Pinang
Sempena pelancaran itu Presiden telah menyiram air tanda mencerna kesuburan sesuai dengan keserasian yang wujud di kalangan remaja dan wanita muda.
Selain menyiram air presiden telah menanda tangani di atas replika epal hijau dengan iringan beberapa orang remaja yang mengalunkan gerakan kain hijau penuh semangat.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, muslimat yang lulus menghadapi gelora perjuangan sahaja akan dipandang tinggi oleh Allah s.w.t mereka tidak bakhil dengan masa dan wang semata-mata untuk kemenangan Islam kata .
Muslimah mesti berani memperbetulkan diri serta membaiki diri menjadi isteri yang baik dan terpuji.
"Pengorbanan para isteri membantu menegakkan Islam akan dikira mendapat pahala yang tinggi demi kebaikan Islam yang dianuti, " jelasnya ketika merasmikan pelancaran di Dewan Milenium, kepala Batas petang tadi.
Muslimat yang ada semangat perjuangan yang tinggi akan menjadi sayap yang baik serta dapat menumpukan kerja berfokus.
Bila kerja digerakan dengan lancar maka menyenangkan peranan muslimat menabur atau menyemai peranan di mana jua.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Yusuf dalam ucapanya mengharap golongan wanita muda supaya bersiap mematangkan diri kerana sikap itu sahaja boleh mencerna kemenangan pada masa depan.
P/S: sumber dr harakahdaily.com
No comments:
Post a Comment