Thursday, 25 August 2011

siri tauladan 1 : Terperangkap Dalam Gua

Diriwayatkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Riadhus Solehin ketika membicarakan bab ikhlas. Kisah ini adlah adaptasi hadith Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh seorang sahabat nabi yang bernama Abdullah bin Umar r.a.. Adalah beliau mendengar Nabi s.a.w. bercerita tentang tiga orang pemuda yang memasuki sebua gua untuk berehat.

Tiba-tiba sebuah batu besar telah jatuh lalu menimpa muka pintu gua seingga tertutup semua ruang muka pintu gua. Dan ini menjadikan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dari gua tersebut. Meraka bertiga pun cuba untuk mengalihkan batu besar tersebut, namun apakan daya, batu besar tersebut sangat berat bahkan tidak beralih walau sedikitpun.

Akhirnya, mereka bertiga menjadi buntu dalam mencari jalan untuk keluar dari gua tersebut. berkata salah seorang daripada mereka sebagai satu cadangan yang cukup baik, "Tiada siapapun dapat menyelamatkan kita daripada terperangkap oleh batu yang besar di dalam gua ini melainkan doa dengan menyebut amalan yang paling soleh dan ikhlas yang pernah kita kerjakan."

Mendengarkan itu, lelaki pertama memulakan doanya, " Wahai Tuhanku, aku mempunyai ibubapa yang sudah tua dan uzur, kerjaku adalah memerah susu binatang, hasil perahan tersebut akan aki agihkan kepada keluargaku bermula daripada ibubapaku kemudian isteri dan anak-anakku, adalah aku tidak akan mendahulukan anak isteriku melainkan terlebih dahulu susu itu diberi minum dan dihantar ke rumah orang tuaku.

Suatu hari, aku pulang lewat kerana ada urusan sehingga menyebabkan orang tuaku tertidur dalam keadaan belum meminum susu yang aku bawa itu, sementara aku pula rasa tidk sampai hati untuk mengejutkan orang tuaku daripada tidurnya, boleh jadi mereka keletihan. Pada masa yang sama, anak dan isteriku menangis kerana sudah kelaparan, namun aku tidak sanggup mendahulukan anak isteriku melainkan ibubapaku terlebih dahulu meminumnya.

Lalu tangisan dan rayuan isteri serta anakku tidak aku pedulikan. Aku menunggu sehingga orang tuaku terjaga daripada tidurnya, dan bekas susu itu kuletak disampingku, tunggu punya tunggu tidak juga bangun sehinggalah waktu fajar menjelma barulah ibubapaku bangun daripada tidurnya.

Setelah mereka bangun, cepat-cepat aku mengambilkan bekas susu lalu aku beri minum kepadaa orang tuaku, setelah orang tuaku meminumnya,aku bergegas pulang ke rumah untuk diberi minum baki susu tadi kepada isteri dan anakku.

Wahai tuhanku, sekiranya perbuatanku melebihkan orang tuaku daripada isteri dan anakku adalah semata-mata untuk mencari redhaMu, maka keluarkanlah kami daripada kesusahan ini."

Tiba-tiba batu besar tadi beralih dan membuka sedikit ruang muka pintu gua tersebut, namun masih tidak dapat keluar kerana tidak ditelusi seorangpun dikalangan kami.

Orang yang kedua pula berdoa,"Wahai Tuhanku, aku mempunyai serang sepupu yang sangat cantik dan aku sayangi berbanding manusia yang lain, sayang dan cinta aku itu bukan sayang biasa, sebaliknya sayang sebagaimana seoarang lelaki menyayangi wanita.

Aku pernah ingin memiliki dirinya, namun diriku menghalanginya sehinggalah berlalunya tahun demi tahun. Dengan takdir Allah, dia mendatangi aku untuk memohon pertoongan dan pada waktu itu dia amat memerlukan wang tersebut. Mka, pada ketika itu, aku pun memberikan wang kepadanya sebagaimana yang dia perlukan iaitu sebanyak seratus dinar tetapi dengan satu syarat.

Syaratnya ialah sanggup berseronok dan bermesraan untuk satu malam, lalu disetujuinya kerna sangat memerluka wang tersebut, sehunggalah aku berkuasa ke atas sepupuku itu, diapun mengikut segala kehendak nafsuku.

Di saat aku ingin menyetubuhinya, dan saat keberadaanku diantara dua tulang pinggulnya, diapun berkata,"takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu berselingkuh melainkan dengan haknya(perkahwinan)."

Mendengarkan itu, tersentak jiwaku mendengarkan kalimah itu yang menyedarkan aku, aku lalu menjauhkan diri daripada tubuh wanita (sepupuku) itu, padahal dialah manusia yang paling aku ingini dan sayangi, aku pun meninggalkan wang untuk sepupuku itu tanpa aku menyetubuhinya kerana takut bergelumang dengan dosa."

"Wahai Tuhanku! Sekiranya aku meninggalkan perbuatan demikian kerana semata-mata untuk mencari keredhaanMu, keluarkanlah kami daripada kesulitan ini." Tiba-tiba batu besar tadi beralih dan membuka sedikit ruang muka pintu gua tersebut, namun masih tidak dapat keluar keran bukaannya itu cuma sedikit dan masih tidak dapat kami telusi.

Kemudian pemuda ketiga pula berdoa, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku adalah pemilk ladang ternakan lembu dan kambing, dan aku mempunyai pekerja yang begitu ramai. Tatkala tiba saat membayar gaji para pekerja , akupun membayar gaji mereka semua sebagaimana yang dijanjikan melainkan seorang sahaja kerana berkebetulan dia tidak datang hari tersebut.

Maka menjadi risaulah aku, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan bahkan tahun berganti tahun dia tidak juga daang. melihatkan perkara tersebut, aku jadi bimbang, lalu wang upahnya itu aku gunakan untuk membeli sebidang tanah dan beberapa ekor binatang ternaka. Sehinggalah binatangnya itu membiak dengan banyaknya dan memerlukan kepada orang yang menjaganya.

bersambung..........

No comments:

Post a Comment